LESEN PERISIAN

PENGENALAN LESEN PERISIAN

Lesen perisian ialah perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisian. Lesen perisian terbahagi kepada dua kategori, iaitu lesen hak milik dan lesen sumber terbuka. Berikut ialah keterangan mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis lesen ini

LESEN HAK MILIK

dengan lesen ini, pemilik perisian membenarkan pengguna menggunakan satu salinan perisian tersebut atau lebih, akan tetapi tidak memindah milik perisian tersebut kepada pengguna. Oleh itu, si pengguna hendaklah bersetuju dengan lesen tersebut dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian itu. Dengan mengedarkan salinan perisian proprietari kepada orang lain, sama ada secara percuma atau berbayar, pemilik perisian dapat mengekalkan hak miliknya terhadap perisian itu dan mengenakan kekangan sebanyak mana yang dia suka. Contoh perisian dengan lesen hak milik ialah perisian-perisian yang dikeluarkan oleh microsoft(microsoft windows dan lain-lain) dan kebanyakan syarikat dagangan.

LESEN SUMBER TERBUKA

lesen ini merupakan ‘songsang’ bagi lesen hak milik. Dengan lesen ini, pemilik perisian bukan sahaja membenarkan orang lain menggunakan perisian itu, malah menyerahkan hak si pengguna untuk ‘memiliki’ perisian itu. Perbuatan ini samalah seperti memindah milik barang-barang harian. Tambahan pula, terpulang kepada pengguna untuk bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang dikenakan dalam lesen tersebut. Sekiranya dia tidak bersetuju, dia boleh terus menggunakan perisian tersebut. Namun, jika dia bersetuju, dia diberikan hak-hak tambahan, umpamanya hak untuk mengedarkan salinan perisian tersebut kepada orang lain pula. Lesen sumber terbuka yang paling popular ialah (Lesen Awam GNU) yang dihasilkan olehYayasan Perisian Bebas. Semua perisian yang dilepaskan oleh (Projek GNU) diedarkan dengan lesen ini.

JENIS JENIS LESEN

  • Selalunya ada 2 jenis lesen yang dikeluarkan iaitu Open License dan Single License.
  • Bagi lesen-lesen untuk sesebuah syarikat pula terdapat jenis-jenis lesen seperti Educational License,Corporate License dan Business License.
  • Open License - ialah satu lesen perisian yang mana bagi sesebuah CD mempunyai ramai pengguna (User).Contohnya,1 CD mempunyai 10 atau 100 user.Lesen jenis ini memudahkan bagi memantau penggunaan perisian tersebut.Lesen jenis ini selalunya digunakan di cawangan sesebuah syarikat.
  • Single License - pula adalah satu lesenyang terhad kepada seseorang (1) user sahaja.jika kita memerlukan 10 lesen untuk pengguna,kita terpaksa mendapatkan 10 CD yang berlainan.ini akan menyukarkan pemantauan perisian tersebut.Lesen jenis ini lebih ditujukan oleh pengguna persendirian/individu.

CETAK ROMPAK PERISIAN KOMPUTER DIMALAYSIA

Apa itu Cetak Rompak Perisian Komputer Cetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara  haram perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal kedalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran pengaturcara perisian tersebut.Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom / cakera liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan. Ini bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan menggunakan perisian itu pada satu masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai buku. Jika Pengguna A membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang pembaca sahaja boleh membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat yang lain membaca buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna itu mahu menggunakan perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang tetap, dia terpaksa memadamkan perisian tersebut pada komputer yang asal dan membuat instalasi perisian pada komputer baru yang mahu digunakan olehnya.Jika pengguna itu mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan perisian itu di rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh meletakkan perisian tersebut pada komputernya di rumah dengan syarat pengguna itu seorang sahaja yang menggunakan salinannya di rumah dan pejabat.Contoh-contoh penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna.

Contoh 1

 Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian tersebut dikomputernya dan meminta supaya Pengguna A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.

Contoh 2 

Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di Malaysia.

Contoh 3

 Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian Windows 95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: